PTKew

Salam semua terutama PTKew, Jom sama-sama kita kongsi pengetahuan, peraturan kerja dan pengalaman kerja sebagai PTKew.
Jom kongsi dan join blog. Juga pengendali blog mencari mana-mana PTKew yang ingin menjadi Sub-Admin blog ini, sila mohon.

Cari kandungan blog ini

Khamis, 27 Disember 2012

IKLAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

CONTOH IKLAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai
komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia dalam jawatan seperti berikut:

 
CONTOH 1: GRED W17 (glc)

IKLAN JAWATAN KOSONG
LEMBAGA GETAH MALAYSIA
MALAYSIAN RUBBER BOARD
JAWATAN
KLASIFIKASI
1. PEGAWAI PENYELIDIK
2. PENOLONG PEGAWAI
PENGUATKUASA
3. PENOLONG PEGAWAI
TADBIR
4. PENOLONG PEGAWAI
PENYELIDIK
5. PENOLONG
AKAUNTAN

PERKHIDMATAN
KUMPULAN
PENYELIDIKAN,
PEMBANGUNAN DAN
INOVASI

PENGURUSAN
DAN
TARAF
JAWATAN
PROFESIONAL
TETAP
PENTADBIRAN PELAKSANA TETAP
PENTADBIRAN

PENYELIDIKAN,
PEMBANGUNAN DAN
PELAKSANA

INOVASI
PELAKSANA TETAP
KEWANGAN

TETAP
PELAKSANA
TETAP
6. JURUTEKNIK KEJURUTERAAN PELAKSANA TETAP
7. PEMBANTU TADBIR
(PERKERANIAN/OPERASI)
PENTADBIRAN PELAKSANA TETAP
8. PEMBANTU
SETIAUSAHA PEJABAT

9. PEMBANTU PENYELIDIK
PENTADBIRAN PELAKSANA TETAP
PENYELIDIKAN,
PEMBANGUNAN DAN
INOVASI

PELAKSANA TETAP
GRED & JADUAL GAJI
Q41
P1T1 RM1899.01 – P1T25 RM4715.47
P2T1 RM1995.02 – P2T25 RM4988.08
P3T1 RM2095.21 – P3T25 RM5284.57
N27
P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 – P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 – P3T26 RM3405.26
N27
P1T1 RM1204.5 5– P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 – P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 – P3T26 RM3405.26

Q27
P1T1 RM1207.58 – P1T26 RM3030.13
P2T1 RM1277.16 – P2T26 RM3216.28
P3T1 RM1349.76 – P3T26 RM3408.29

W27
P1T1 RM1209.09 – P1T26 RM3031.64
P2T1 RM1278.67 – P2T26 RM3217.79
P3T1 RM1351.27 – P3T26 RM3409.80

J17
P1T1 RM843.06 – P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 – P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 – P3T26 RM2583.95

N17
P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

N17
P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

Q17
P1T1 RM823.40 – P1T24 RM2154.37
P2T1 RM874.83 – P2T24 RM2275.52
P3T1 RM927.77 – P3T24 RM2400.97

10. PEMBANTU TADBIR
(KEWANGAN)
11. PEMBANTU OPERASI



KEWANGAN

PELAKSANA TETAP
PENTADBIRAN
PELAKSANA TETAP
2
W17
P1T1 RM821.890 –P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 – P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 – P3T24 RM2399.46

R3
P1T1 RM701.42 –P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 – P2T17 RM1423.41
P3T1 RM787.99 – P3T17 RM1493.59
N1
P1T1 RM649.15 –P1T22 RM1506.79
P2T1 RM691.62 – P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 – P3T22 RM1661.82
1. SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
JAWATAN 1: PEGAWAI PENYELIDIK, GRED Q41 (Q1-1)
(a) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41- P1 T1); atau
(b) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41-P1T2): atau

(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41-P1T3); atau

(d) Ijazah Sarjana dalam bidang sains, pertanian, kejuruteraan atau bidang berkaitan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41-P1T6); atau
(e) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains, pertanian, kejuruteraan atau bidang berkaitan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41-P1T9)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan:
Calon-calon yang mempunyai kelulusan dalam bidang:
i. Fizik
ii. Kimia
iii. Biokimia
iv. Kejuruteraan Mekanikal
v. Kejuruteraan Biokimia
vi. Kejuruteraan Kimia
vii. Kejuruteraan Awam
viii. Sains Bahan dan Polimer
ix. Teknologi dan Kejuruteraan
x. Perladangan/Pertanian/Perhutanan
xi. Agronomi
Serta mempunyai CGPA : 3.00 ke atas.

JAWATAN 2: PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA, GRED N27(N3-1)

(a) i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktifar setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27-P1T1); atau

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27-P1T1); atau


iii. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27-P1T5); atau
iv. Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang
setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik.
(b) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-
i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. mempunyai ukuran indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

iv. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas
84sm (lelaki sahaja);
v. lulus dalan ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan v/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
dan
(c) Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(i), (a)(ii) atau (a)(iii) di atas hendaklah memiliki kepujian dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
 
JAWATAN 3: PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N27 (N3-1)
(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27- P1T1); atau
(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27-P1T1): atau
(c) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27-P1T5).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3
JAWATAN 4 : PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK, GRED Q27(Q2-1)
(a) Diploma dalam bidang sains atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q27-P1T5); atau
(b) Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q27-P1T6)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
JAWATAN 5 : PENOLONG AKAUNTAN, GRED W27(W2-1)
(a) Diploma dalam bidang pengajian perakaunan atau kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan ialah pada Gred W27-P1T5)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
JAWATAN 6 : JURUTEKNIK, GRED J17(JA3-1)
(a) Sjil dalan bidang kejuruteraan, seni bina atau ukur bahan yang diiktirafkan oleh kerajaan daripada
politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan ialah pada Gred J17-P1T9)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
JAWATAN 7 : PEMBANTU TADBIR, (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N17(N4-1)
Calon Bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17-P1T1)
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
JAWATAN 8: PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT, GRED N17(N4-1)
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17-P1T2)
(keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


4
JAWATAN 9 : PEMBANTU PENYELIDIK, GRED Q17( Q4-1)
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q17-P1T1): atau

(b) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q17-P1T7): atau
(c) Sijil Institusi Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q17-P1T8)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 



JAWATAN 10 : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17( W4-1)
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Kepujian
dalam subjek Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17-P1T1): atau
(b) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Perakaunan [ Kerani
Akaun (Account Clerk)] atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17-P1T1): atau
(c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira)
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17-P1T2): atau
(d) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Perakaunan [Penyelia
Akaun (Account Supervisor)] atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


(Gaji permulaan ialah pada Gred W17-P1T2): atau

(e) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17-P1T5): atau
(f) Sijil dalam bidang perngurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17-P1T9)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 



JAWATAN 11 : PEMBANTU OPERASI GRED R3 DAN N1( N5-1)
(a) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(b) Lesen memandu Kelas E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan

Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)] dan berkebolehan memandu,
mengendalikan dan menyelenggara kenderaan berkenaan
.

5
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
* Lesen D P1T3
* Lesen E/E1/E2 P1T4
* Lesen F/H P1T5
* Lesen G/I P1T6
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian
Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
2. UMUR
(a) Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun.
(b) Pegawai sedang berkhidmat untuk Peningkatan Secara Lantikan hendaklah berumur tidak melebihi
dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
3. CARA MEMOHON


Permohonan secara atas talian. Sila melayari laman web http://www.lgm.gov.my (Online Services/Job
Vacancies)
 
4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 10 MAC 2012

5. CATATAN AM

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan
ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
(d) Sila cetak borang permohonona online untuk simpanan. Jika layak dipanggil temuduga,
tuan/puan perlu membawa borang permohonan tersebut beserta dengan:-

(i) Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Kelulusan Pengajian
Tinggi, Sijil-Sijil Lain yang difikirkan perlu dan sediakan satu (1) set salinan.
(ii) Permohon daripada Pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,
Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui
Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang
kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama.
 
Tarikh : 27 Februari 2012


 
 
 
 Link LGM  





CONTOH 2


IKLAN JAWATAN KOSONG BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN

MALAYSIA

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

(10 kekosongan)

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan

1
Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup

iklan jawatan.

2.
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

Kerajaan.

3.
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh Kerajaan.

4.
Keutamaan diberikan kepada calon yang:

a. Boleh mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas;

b. Boleh bekerja lebih masa dan pada masa cuti; dan

c. Bekerja di bawah pengawasan yang minima.

Cara Memohon



1. Pemohon boleh menghantar resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan

kepada :



Setiausaha

Bahagian Pinjaman Perumahan

Perbendaharaan Malaysia

No 9, Kompleks Kementerian Kewangan

Persiaran Perdana Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62592 Putrajaya

(u.p: Encik Hatta Bin Said)



2.
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 7 September 2012

(Jumaat).

3.
Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temuduga jawatan tersebut

adalah tanggungjawab calon.

4.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan

dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

Web Treasury

Tarikh Akhir Penyerahan Dokumen Kewangan Tahun 2012

Bagi PTKEW di Negeri Perlis sahaja. Sila ambi maklu dan perhatian

 
Sila rujuk dokumen-dokumen berikut untuk maklumat lanjut dan juga untuk tujuan kegunaan semasa Taklimat serta dijadikan dokumen sokongan semasa mengemukakan Sijil Akhir Panjar Wang Runcit dan Permohonan Ap58(a)
1. Surat Pekeliling JANM Perlis
2. Lampiran a, b dan c – Sijil Akhir Panjar Wang Runcit
3. Lampiran D - Sijil Permohonan AP58(a)
4. Lampiran E – Ringkasan Tarikh-tarikh untuk tindakan PTJ
5. Tarikh Pembayaran Gaji
6. SPANM Bil 7/2012

e=Gaji

e-PENYATA GAJI & LAPORAN
 
Akses e-Penyata Gaji & Laporan. Klik disini
 


Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan (Print Slip Gaji)



Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan bagi Kakitangan Kerajaan
(Cara Nak Print Penyata Gaji Kakitangan Kerajaan)

Sistem ini dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010. Perisian yang diperlukan adalah Web browser seperti Internet Explorer (IE) atau FireFox adalah digunakan untuk akses Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan. Untuk memaparkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata gaji tahunan, perisian PDF reader seperti Adobe Reader adalah digunakan.
Capaian masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan adalah melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my. Untuk mengakses, klik laman web Jabatan Akauntan Negara.


Bagi pengguna kali pertama sila klik pada "Pertama Kali Mendaftar" untuk mendaftarkan diri anda terlebih dahulu. Pastikan password anda dingati bagi digunakan pada masa akan datang.



 
Laporan. Klik disini

Panduan Membuat BLOGSPOT

Panduan Blogger


Langkah Permulaan


Bagaimana hendak membuat akaun Blogger?
Pada halaman utama Blogger, klik "Buat Blog Anda Sekarang", dan buat Akaun Google. Anda diingatkan bahawa anda berkemungkinan sudah mempunyai Akaun Google, jika sebelum ini anda pernah menggunakan produk Google seperti orkut, Google Kumpulan, Gmail dan lain - sekiranya benar, terus sahaja melog masuk. Kemudian, pilih nama paparan anda dan terima Syarat Perkhidmatan Blogger. Apabila perkara itu semua sudah ditetapkan, anda kini bersedia untuk mula memblog!

Bagaimana hendak membuat blog Blogger?
Apabila anda sudah membuat akaun Blogger, log masuk ke www.blogger.com dan klik "Buat Blog". Pada Langkah 2, masukkan tajuk dan alamat (URL) untuk blog anda. Taipkan huruf dalam kotak pengesahan perkataan untuk membuktikan anda ialah orang sebenar dan klik "Teruskan". Pada Langkah 3, anda boleh memilih templat untuk blog anda; berikut adalah penampilannya kepada pembaca anda. Blogger kemudiannya membuat blog baru anda yang akan muncul di alamat yang anda pilih dalam Langkah 2.

Bagaimana hendak menyiarkan ke blog saya?
Pada Papan Pemuka anda, klik "Catatan Baru" bersebelahan dengan blog yang anda mahu siarkan. Mulakan dengan memberikan tajuk kepada catatan anda (pilihan) dan kemudian masukkan catatan itu sendiri. Apabila anda sudah selesai, klik pautan "Pratonton" untuk pratonton bentuk penampilannya apabila ia diterbitkan. Setelah anda berpuas hati dengan catatan anda, klik "Terbitkan".

Bagaimana hendak menyiarkan gambar?
Anda boleh memuat naik foto menggunakan ikon imej dalam bar alat editor catatan. Apabila anda mengklik ikon ini, anda akan melihat tetingkap yang membenarkan anda memilih imej atau berbilang imej dari komputer anda. Cuma klik "Semak Imbas" untuk mencari imej yang anda mahukan. Ataupun anda boleh memasukkan URL imej yang sudah pun berada dalam talian untuk menyisipkannya ke dalam catatan anda. Jika anda mengklik pada pautan untuk memilih reka letak, anda boleh memperibadikan cara imej anda muncul dalam catatan anda. Pilihan kiri, tengah dan kanan akan menentukan aliran teks catatan anda di sekeliling gambar itu. Pilihan saiz ini membolehkan anda menukar skala gambar kepada saiz yang berbeza di dalam kawasan catatan ini.

Bagaimana hendak menambahkan foto saya pada profil saya?
Mula-mula, klik pautan "Edit Profil" pada papan pemuka anda. Tatal ke bahagian "Fotograf" di bawah, di mana anda boleh memilih fail dari komputer anda ataupun memasukkan URL imej jika foto yang anda mahukan boleh ditemui dalam talian. Sila ambil perhatian bahawa imej hendaklah bersaiz 50k atau lebih kecil.

Di manakah tajuk blog saya akan muncul?
Tajuk blog anda, seperti yang ditetapkan dalam tab Tetapan | Asas di Blogger, boleh muncul di berbilang tempat: pada blog yang anda terbitkan, pada Papan Pemuka anda dan dalam profil anda. Oleh itu pastikan ia kreatif!

Apakah itu URL?
URL ialah alamat fail di Web, seperti www.example.com, atau foo.example.com. Semasa proses penghasilan blog, anda harus memilih URL untuk blog anda. Pelawat boleh mengakses blog anda dengan menaipkan URL ini dalam bar alamat penyemak imbas mereka. Memandangkan sudah terdapat sejumlah besar blog Blogspot, anda terpaksa menjadi lebih kreatif dan mungkin mencuba beberapa URL yang berbeza sebelum menemui URL yang boleh digunakan. Format untuk URL anda ialah nameyouchoose.blogspot.com. Semasa memilih URL blog anda, ingat bahawa anda hanya boleh menggunakan huruf, nombor dan tanda sempang sahaja. Aksara khas seperti $, #, &, dsb. tidak dibenarkan.
Anda juga boleh mengehoskan blog anda di domain khas.

Akaun Anda


Saya tidak boleh melog masuk. Apa yang harus saya lakukan?
Anda boleh memulihkan maklumat log masuk Akaun Google anda dengan mengklik "Tidak boleh mengakses akaun anda?" di halaman log masuk Blogger atau anda boleh menggunakan halaman Bantuan Kata Laluan Akaun Google. Ingat bahawa nama pengguna akaun Google anda adalah alamat e-mel penuh yang anda gunakan untuk membuat akaun anda (mis. yourname@example.com). Jika anda boleh melog masuk ke akaun anda tetapi tidak melihat blog yang berkenaan pada Papan Pemuka anda, besar berkemungkinan anda telah melog masuk ke akaun yang salah. Dalam hal ini, cuba log masuk dengan semua alamat e-mel anda menggunakan borang Bantuan Kata Laluan jika perlu. Sila cuba cara ini walaupun anda merasakan bahawa anda hanya mempunyai satu akaun sahaja. Terdapat banyak kejadian apabila orang membuat akaun tambahan secara tidak sengaja dan tanpa menyedarinya. Oleh itu, perbuatan anda menyemak sendiri hal ini biasanya ialah cara yang terpantas untuk mendapatkan kembali blog anda.

Bagaimana hendak memadamkan blog?
Untuk memadamkan keseluruhan blog anda, pergi ke tab Tetapan | Asas. Benar-benar pastikan bahawa anda berada pada blog yang betul dan bahawa anda mahu mengalih keluar blog itu dari akaun anda secara kekal. Kemudian klik "Padam Blog Ini". Semuanya akan dipadamkan kecuali foto yang anda telah muat naik ke blog anda. Foto akan terus kekal dalam album Picasa, yang boleh anda akses dengan melayari picasaweb.google.com.

Bagaimana hendak membatalkan akaun saya?
Untuk memadamkan Akaun Google anda, yang turut memadamkan blog anda, sila log masuk ke halaman utama Akaun Google. Kemudian klik "Edit" bersebelahan dengan senarai "Produk Saya" dan anda akan tiba ke halaman yang membenarkan anda memadamkan akaun anda. Ingat bahawa dengan memadamkan akaun, semua perkhidmatan Google yang berkaitan dengan akaun itu seperti profil orkut anda, halaman iGoogle anda dan blog Blogger anda akan dipadamkan.

Ciri-ciri Blogger


Bagaimana hendak menggunakan ciri Reka Bentuk Blogger?
Cari nama blog anda pada papan pemuka anda dan klik pautan "Reka Bentuk" bersebelahan dengannya. Di sini anda boleh menyusun elemen dalam templat anda mengikut cara paparan yang anda mahu dengan menyeret dan melepaskannya ke lokasi lain. Dalam kebanyakan templat, anda boleh mengalihkan semua elemen kecuali navbar, catatan blog dan pengepala anda. Jika anda mahu menambahkan alat pada halaman blog atau bar sisi anda, klik pada "Tambah Alat". Tindakan ini membuka tetingkap pop timbul yang anda boleh gunakan untuk menyemak imbas segala alat, kemudian menambahkan dan menyimpannya pada blog anda.

Bolehkah saya memiliki blog yang dapat dicatat oleh lebih daripada seorang?
Ya, blog ini dipanggil "blog pasukan". Secara asasnya, blog dibuat oleh satu orang pada permulaannya, kemudian orang itu menjemput orang lain untuk menyertainya. Ahli pasukan boleh menjadi pentadbir ataupun pencatat tetap. Pentadbir boleh mengedit semua catatan (bukan setakat catatan mereka sahaja), menambah dan mengalih keluar ahli pasukan (dan memberikan akses pentadbiran) serta mengubah suai tetapan blog. Bukan pentadbir hanya boleh mencatat pada blog.
Untuk menjemput orang menyertai blog, mula-mula pergi ke tab Tetapan | Kebenaran dan klik "Tambah Pengarang". Seterusnya, taipkan alamat e-mel orang yang anda jemput; mereka akan menerima e-mel jemputan tidak lama selepas itu. Anda memerlukan Akaun Google untuk menulis blog pada Blogspot, oleh itu jika pengarang yang anda ingin jemput belum lagi mempunyai Akaun Google, mereka akan digesa untuk membuat akaun. Apabila anda telah bersedia untuk menghantar jemputan, klik "Jemput". Anda akan menerima e-mel apabila ahli pasukan baru telah berjaya menyertai blog itu.

Bagaimana hendak melabelkan catatan saya?
Semasa anda menulis catatan, anda akan mempunyai ruang di bawah borang bertanda "Label untuk catatan ini". Masukkan apa-apa label yang anda mahukan dan asingkannya dengan koma. Anda juga boleh mengklik pautan "tunjukkan semua" untuk memaparkan senarai label yang telah anda gunakan sebelum ini. Kemudian hanya klik pada label untuk menambahkannya. Apabila anda menerbitkan catatan anda, label itu akan muncul di bahagian bawah. Mengklik mana-mana label akan membawa anda ke halaman yang mengandungi catatan dengan label itu sahaja. Anda juga boleh menambahkan senarai semua label anda dalam bar sisi blog anda, diisih mengikut abjad atau mengikut kekerapan penggunaan.

Bagaimana hendak meletakkan AdSense dalam blog saya?
Untuk meletakkan AdSense pada blog anda, klik Wangkan pada Papan Pemuka anda. Anda akan boleh memilih saiz iklan anda dan kemudian memperibadikan penampilannya pada blog anda.

Apakah suapan tapak dan bagaimana hendak mendayakannya untuk blog saya?
Mendayakan tetapan suapan tapak untuk blog akan membolehkan pengarang menyindiketkan kandungan mereka ke seluruh dunia. Dengan suapan tapak didayakan, pembaca kemudiannya boleh melanggan ke kemas kini terkini untuk blog itu dengan menambahkan suapan itu pada pembaca suapan kegemaran mereka. Sebagai pengarang blog, anda boleh menentukan sama ada petikan ini akan menjadi beberapa baris pertama catatan anda, catatan lengkap atau hanya sehingga pemutus sambungan, sekiranya ada. Tetapan lalai pada blog anda adalah suapan tapak didayakan dan semua pelanggan akan menerima kemas kini penuh. Jika anda tidak mendayakannya, pergi ke tab Tetapan | Suapan Tapak. Di sini anda ada satu pilihan mudah; anda boleh memilih berapa banyak kandungan anda yang hendak disindiketkan. Pilihan "Tiada" akan mematikan sepenuhnya suapan tapak anda.

Bagaimanakah Mudah Alih Blogger berfungsi?
Untuk memulakan blog mudah alih, hanya hantarkan mesej (boleh dalam bentuk foto, sedikit teks atau kedua-duanya) ke go@blogger.com dan kami akan memulakan blog untuk anda. Anda kemudiannya akan menerima balasan dengan URL blog mudah alih anda dan token (kod laluan sekali guna) yang anda boleh gunakan untuk menuntut blog baru anda. Untuk menuntut blog anda, masukkan sahaja token itu ke dalam http://go.blogger.com. Menuntut blog mudah alih anda akan memberikan anda akses penuh kepada tetapan dan ciri Blogger.com, membolehkan anda mengaitkan blog anda dengan Akaun Google dan membolehkan anda menggabungkan blog mudah alih anda dengan blog sedia ada.

Mengapa saya mempunyai pengesahan perkataan pada borang catatan saya?
Pengesahan perkataan pada borang catatan bertujuan untuk menjadi mekanisme pengurangan spam untuk Blogspot secara amnya. Terdapat dua kemungkinan:

Spam Berpotensi

Dalam hal ini, sistem automatik mengenakan pengesahan perkataan kepada beberapa blog spam yang berpotensi. Kami sentiasa berusaha untuk mempertingkat sistem ini untuk mengelakkan daripada melabelkan blog sebenar secara salah. Mengadakan pengesahan perkataan pada borang catatan anda tidak menghalang anda daripada menerbitkan dan tidak bermakna blog anda akan dipadamkan atau juga dikenakan hukuman sekiranya ia tidak benar-benar melanggar dasar kami. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan lanjut semasa penerbitan, klik ikon "?" bersebelahan dengan pengesahan perkataan pada borang catatan anda. Ia akan membawa anda ke halaman yang membolehkan anda meminta semakan untuk blog anda. Kami akan meminta seseorang melihatnya, mengesahkan bahawa ia bukan spam dan kemudian mengeluarkan keperluan pengesahan perkataan dari blog anda.

Kadar Catatan Tinggi

Jika anda membuat sejumlah besar catatan dalam sehari, anda akan diminta untuk melengkapkan pengesahan perkataan bagi setiap satu catatan, tanpa mengira sama ada blog anda sudah disahkan bersih daripada spam ataupun sebaliknya. Jika ini berlaku, lengkapkan sahaja pengesahan perkataan untuk setiap catatan itu atau tunggu selama 24 jam kerana pada ketika ini pengesahan perkataan akan dialih keluar secara automatik. Sekatan ini dibuat untuk mengawal beban pada pelayan kami dan untuk menghalang spam eksplisit.

Bolehkah saya menggunakan pintasan papan kekunci semasa mencatat?
Ya, Blogger mempunyai beberapa pintasan papan kekunci untuk digunakan semasa mengedit catatan. Ia jelas berfungsi dalam Google Chrome, Internet Explorer 8+ serta Mozilla Firefox 3+ dan mungkin berfungsi dalam penyemak imbas lain. Berikut ialah pintasannya:
  • control + b = Huruf Tebal
  • control + i = Huruf condong
  • control + l = Blockquote (semasa dalam mod HTML sahaja)
  • control + z = Buat asal
  • control + y = Buat semula
  • control + shift + a = Pautan
  • control + shift + p = Pratonton
  • control + d = Simpan sebagai Draf
  • control + s = Terbitkan Catatan
  • control + g = Alih huruf Hindi

Bagaimana hendak menggunakan ciri pengalihan huruf?
Blogger menawarkan pilihan pengalihan huruf automatik untuk menukarkan aksara Roman kepada aksara bukan Roman yang digunakan dalam bahasa Hindi, Greek, Rusia dan sebilangan kecil bahasa lain. Untuk mendayakan ciri ini, pergi ke halaman Tetapan | Asas dan pilih "Ya" untuk pilihan pengalihan huruf. Tetapan ini akan memberi kesan kepada semua blog dalam akaun anda.

Bagaimana hendak menggunakan editor catatan Blogger?
Terdapat tiga mod dalam editor catatan Blogger:
  • Karang: mod WYSIWYG ("Apa yang anda lihat itu yang anda dapat") yang memerlukan anda memanipulasi teks dengan butang pemformatan.
  • Edit HTML: mod kasar yang membolehkan anda mengedit HTML secara manual.
  • Pratonton: memberikan anda pratonton penuh catatan itu, termasuk tajuk, pautan dan imejnya.
Untuk bertukar antara mod ini, klik sahaja pautan yang berkenaan. Butang pemformatan hanya tersedia dalam penyemak imbas tertentu sahaja.
Ciri, dari kiri ke kanan:
  • Fon
  • Saiz fon
  • Huruf tebal
  • Huruf condong
  • Warna fon
  • Pautan
  • Imbang kiri
  • Tengah
  • Imbang kanan
  • Imbang penuh
  • Senarai (bernombor) tertib
  • Senarai (titik tumpu khas) tak tertib
  • Blockquote
  • Semak ejaan
  • Muat naik imej
  • Buang pemformatan daripada pilihan

Bagaimana hendak menggunakan domain khas pada blog saya?
Jika anda tidak berminat untuk mempunyai blogspot.com dalam alamat blog anda, anda boleh mendapatkan domain anda sendiri. Kami akan terus mengehoskan semua kandungan anda seperti sebelum ini tetapi ia akan dipaparkan pada alamat baru anda. Terdapat tiga komponen untuk menyediakannya:

Domain Anda

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memilih nama domain seperti www.mysite.com dan mendaftarkannya. Anda boleh mendaftarkan nama domain pada mana-mana satu antara sebilangan pendaftar berbeza.

Tetapan DNS

Seterusnya, anda perlu membuat rekod CNAME untuk domain anda dengan DNS, mengaitkan domain anda dengan ghs.google.com. Prosedur sebenar untuk melakukannya berbeza-beza bergantung pada pendaftar domain anda, oleh itu hubungi terus pendaftar anda dan mereka boleh membantu anda. Sila bersabar kerana rekod DNS baru mungkin tidak akan berkesan serta-merta.

Tetapan Blogger

Pada peringkat ini, pelayan DNS tahu ia perlu menghalakan orang ke Google apabila mereka mahu melihat blog anda, jadi kami perlu memastikan Google mengaitkan blog yang betul dengan domain anda. Anda boleh melakukannya pada tab Tetapan | Penerbitan untuk blog anda dalam Blogger. Jika anda mahu menerbitkan pada Blogspot, anda akan melihat pautan berdekatan bahagian atas yang menawarkan untuk menukarkan anda ke domain khas. Teruskan mengklik pautan itu. Tetapan Alamat Blogspot kini bertukar kepada Domain Anda. Isikan domain yang anda daftarkan pada permulaan proses ini, kemudian simpan tetapan anda.

Nota:

  • Jika domain baru anda tidak membawa anda ke blog anda, tunggu satu atau dua hari lagi untuk memastikan semua pelayan DNS telah dikemas kini. Jika ia masih tidak berfungsi, hubungi pendaftar anda untuk memastikan anda memasukkan tetapan DNS yang betul.
  • Alamat Blogspot anda yang asal akan dialihkan secara automatik ke domain baru anda. Dengan cara itu, sebarang pautan atau penanda halaman sedia ada ke tapak anda masih akan berfungsi.
  • Anda boleh menggunakan ciri ini dengan domain (mis. www.mysite.com) atau subdomain (mis. name.mysite.com). Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menentukan subdirektori (mis. mysite.com/blog/) atau kad bebas (mis. *.mysite.com).

Di mana hendak membeli nama domain khas untuk blog saya?
Kaedah paling mudah adalah dengan membeli sahaja daripada kami melalui tab Tetapan | Penerbitan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak syarikat untuk anda membeli nama domain, biasanya dengan yuran tahunan yang berpatutan. Carian Google untuk pendaftar domain akan memberikan banyak pilihan. Anda juga boleh meninjau harga menerusi senarai ini:

Bagaimana hendak menukarkan format tarikh yang dipaparkan dalam blog saya?
Anda boleh menukar format tarikh untuk kedua-dua catatan dan pautan arkib dengan mengedit tetapan blog anda. Pada halaman Tetapan | Pemformatan, terdapat medan untuk "Format Pengepala Tarikh" dan "Format Tarikh Indeks Arkib". Kedua-dua medan menyertakan menu lungsur turun yang menyenaraikan pilihan format untuk pemaparan tarikh. Pengepala Tarikh biasanya diletakkan di atas catatan anda dan Indeks Arkib biasanya adalah senarai pautan arkib dalam bar sisi anda. Klik "Simpan Tetapan" di bahagian bawah halaman apabila anda sudah selesai.

Apakah itu templat catatan?
Templat catatan membantu pengguna menjimatkan masa dengan mempraformat editor catatan. Sesetengah pengguna suka catatan mereka diformatkan dalam cara tertentu. Contohnya, seseorang mungkin mahu baris pertama dipautkan kepada artikel, kemudian meletakkan petikannya di bawah. Dalam hal ini, pautan dan teg blockquote semuanya boleh dimasukkan ke dalam templat catatan dan ia akan muncul, sedia untuk diisi, pada setiap catatan baru. Hanya salin dan tampalkan sahaja kod atau teks yang anda mahu tampilkan dalam setiap catatan dalam templat Catatan, yang boleh didapati di bawahTetapan | Pemformatan.

Apakah pautan balik dan bagaimana saya hendak menggunakannya?
Pautan balik membolehkan anda menjejaki halaman lain di web yang berpaut pada catatan anda. Contohnya, jika rakan anda memaut kepada salah satu catatan anda, catatan itu akan menunjukkan secara automatik bahawa orang lain telah memaut kepadanya dan ia akan menyediakan cebisan pendek teks rakan anda dan pautan kepada catatan rakan anda. Tetapan pautan balik boleh ditemui di bawah tab Tetapan | Ulasan dan mengandungi satu pilihan mudah untuk menghidupkan atau mematikannya. Jika ia didayakan, anda akan melihat pautan bertanda "Pautan kepada catatan ini" bersebelahan dengan pautan ulasan untuk setiap catatan.

Apakah itu pilihan pengesahan perkataan?
Pilihan pengesahan perkataan boleh ditemui pada tab Tetapan | Ulasan untuk blog anda. Jika anda memilih "ya" untuk tetapan ini, orang yang meninggalkan ulasan pada blog anda akan dikehendaki untuk melengkapkan langkah pengesahan perkataan, sama seperti yang perlu dilakukan semasa anda membuat blog. Mendayakan pilihan ini menghalang sistem automatik daripada menambahkan ulasan pada blog anda kerana ia memerlukan manusia untuk membaca perkataan dan lulus langkah ini. Jika anda pernah menerima ulasan yang kelihatan seperti iklan atau pautan rambang kepada tapak yang tidak berkaitan, ini bermakna anda berhadapan dengan spam ulasan. Kebanyakan daripadanya dilakukan secara automatik oleh perisian yang tidak boleh lulus pengesahan perkataan, oleh itu mendayakan pilihan ini merupakan cara yang baik untuk menghalang banyak ulasan yang tidak diingini.

Bolehkah saya mengedit HTML reka letak blog saya?
Sudah tentu, hanya pergi ke tab Reka Bentuk | Edit HTML. Anda akan melihat pilihan untuk memuat turun salinan templat anda kepada fail teks pada cakera keras anda. Kami amat mengesyorkan anda melakukannya supaya anda boleh berbalik kepada keadaan sebelumnya dengan mudah hanya dengan memuat naik fail yang sama sekali lagi. Seterusnya adalah pengendalian kod sebenar untuk templat anda. Anda akan perhatikan bahawa ia kelihatan seperti HTML dan CSS biasa tetapi turut mengandungi banyak teg peribadi yang menjadikannya serasi dengan editor reka letak seret dan lepas, serta pemilih fon dan warna kami.

Apakah yang dilakukan tetapan "penyenaraian"?
Tetapan "Tambah blog anda pada penyenaraian kami?" menentukan sama ada blog anda akan dipromosikan merentasi pelbagai saluran dalam Blogger ataupun tidak. Anda boleh menemui tetapan ini di halaman Tetapan | Asas. Jika templat blog anda menggunakan teg BlogMetaData, mematikannya juga bermakna blog anda tidak akan dirangkak oleh enjin carian.

Penyederhanaan Blog


Mengapa blog saya dilumpuhkan?
Pelumpuhan adalah hasil daripada sistem pengelasan automatik kami yang menandakan sesuatu blog sebagai spam. Jika blog anda bukan blog spam, maka ia telah dikelaskan secara salah oleh sistem automatik kami dan kami memohon maaf. Jika blog anda dilumpuhkan, blog tersebut tetap akan disenaraikan pada Papan Pemuka anda tetapi anda tidak akan boleh mengklik pada blog itu untuk mengaksesnya. Jika hal ini berlaku, anda akan diberikan tempoh tangguh yang memberi anda peluang untuk meminta blog anda disemak semula dan dipulihkan.

Apakah itu butang "Bendera"?
Ciri ini dipanggil "Benderakan Sebagai Tidak Menyenangkan" dan ia boleh diakses melalui navbar Blogger. Butang "Benderakan?" membenarkan komuniti blog memerhatikan kandungan yang diragui dengan mudah, dalam masa yang sama membantu kami mengambil tindakan apabila diperlukan. Apabila pembaca mengklik "Benderakan?" dalam navbar Blogger, itu bermakna mereka percaya bahawa kandungan blog tersebut berkemungkinan jelik atau salah di sisi undang-undang. Kami menjejak berapa banyak kali sesuatu blog itu ditandakan sebagai tidak menyenangkan dan menggunakan maklumat ini untuk menentukan tindakan apa yang perlu diambil. Pengguna boleh mengklik butang ini untuk kali kedua bagi menarik balik bendera mereka.

Bagaimana hendak menyederhanakan ulasan pada blog saya?
Anda boleh menemui tetapan penyederhanaan ulasan pada tab Tetapan | Ulasan. Ia hanyalah pilihan mudah ya/tidak. Membuat pilihan "ya" memberikan anda ruang untuk memasukkan alamat e-mel anda dan kemudian anda boleh menyederhanakan ulasan melalui e-mel. Ingatlah bahawa tanpa mengira tetapan anda, anda sentiasa boleh menyederhanakan ulasan melalui antara muka Blogger. Semua ulasan yang masuk kini akan pergi ke halaman "Menunggu Penyederhanaan" khas, yang boleh anda temui di bawah tab Ulasan. Pada halaman ini, anda akan melihat senarai semua ulasan yang telah dibuat tetapi masih belum diluluskan atau ditolak. Senarai ini tidak memasukkan sebarang ulasan yang dibuat oleh ahli pentadbiran blog. Setiap baris dalam senarai itu memaparkan permulaan ulasan, nama pengarang dan masa ia dibuat. Anda boleh mengklik kotak bersebelahan dengan ulasan itu dan menentukan sama ada anda mahu menerbitkan ulasan itu, memadamkannya atau menandakannya sebagai spam.
Keseluruhan proses ini juga boleh dilakukan melalui e-mel. Jika anda memasukkan alamat e-mel untuk penyederhanaan, anda akan menerima mesej bagi setiap ulasan yang mengandungi pautan "Terbitkan" dan "Tolak" serta pautan ke halaman utama penyederhanaan blog tersebut.

Di manakah hendak melaporkan isu undang-undang?
Sila hubungi kami jika anda mahu melaporkan isu undang-undang.
 
 
SUMBER :  Blogger