- Peribadikan templat blog anda
- Kongsi blog anda ke Google+
- Jana pendapatan dengan blog anda
- Sediakan domain peribadi anda
- Tetapkan pilihan privasi anda
- Menggunakan antara muka kami yang telah ditingkatkan
- Dayakan Paparan Dinamik
- Buka Alat Juruweb
Langkah Permulaan
Bagaimana hendak membuat akaun Blogger?
Pada halaman utama Blogger, klik "Buat Blog Anda Sekarang", dan buat Akaun Google. Anda diingatkan bahawa anda berkemungkinan sudah mempunyai Akaun Google, jika sebelum ini anda pernah menggunakan produk Google seperti orkut, Google Kumpulan, Gmail dan lain - sekiranya benar, terus sahaja melog masuk. Kemudian, pilih nama paparan anda dan terima Syarat Perkhidmatan Blogger. Apabila perkara itu semua sudah ditetapkan, anda kini bersedia untuk mula memblog!
Bagaimana hendak membuat blog Blogger?
Apabila anda sudah membuat akaun Blogger, log masuk ke www.blogger.com dan klik "Buat Blog". Pada Langkah 2, masukkan tajuk dan alamat (URL) untuk blog anda. Taipkan huruf dalam kotak pengesahan perkataan untuk membuktikan anda ialah orang sebenar dan klik "Teruskan". Pada Langkah 3, anda boleh memilih templat untuk blog anda; berikut adalah penampilannya kepada pembaca anda. Blogger kemudiannya membuat blog baru anda yang akan muncul di alamat yang anda pilih dalam Langkah 2.
Bagaimana hendak menyiarkan ke blog saya?
Pada Papan Pemuka anda, klik "Catatan Baru" bersebelahan dengan blog yang anda mahu siarkan. Mulakan dengan memberikan tajuk kepada catatan anda (pilihan) dan kemudian masukkan catatan itu sendiri. Apabila anda sudah selesai, klik pautan "Pratonton" untuk pratonton bentuk penampilannya apabila ia diterbitkan. Setelah anda berpuas hati dengan catatan anda, klik "Terbitkan".
Bagaimana hendak menyiarkan gambar?
Anda boleh memuat naik foto menggunakan ikon imej dalam bar alat editor catatan. Apabila anda mengklik ikon ini, anda akan melihat tetingkap yang membenarkan anda memilih imej atau berbilang imej dari komputer anda. Cuma klik "Semak Imbas" untuk mencari imej yang anda mahukan. Ataupun anda boleh memasukkan URL imej yang sudah pun berada dalam talian untuk menyisipkannya ke dalam catatan anda. Jika anda mengklik pada pautan untuk memilih reka letak, anda boleh memperibadikan cara imej anda muncul dalam catatan anda. Pilihan kiri, tengah dan kanan akan menentukan aliran teks catatan anda di sekeliling gambar itu. Pilihan saiz ini membolehkan anda menukar skala gambar kepada saiz yang berbeza di dalam kawasan catatan ini.
Bagaimana hendak menambahkan foto saya pada profil saya?
Mula-mula, klik pautan "Edit Profil" pada papan pemuka anda. Tatal ke bahagian "Fotograf" di bawah, di mana anda boleh memilih fail dari komputer anda ataupun memasukkan URL imej jika foto yang anda mahukan boleh ditemui dalam talian. Sila ambil perhatian bahawa imej hendaklah bersaiz 50k atau lebih kecil.
Di manakah tajuk blog saya akan muncul?
Tajuk blog anda, seperti yang ditetapkan dalam tab Tetapan | Asas di Blogger, boleh muncul di berbilang tempat: pada blog yang anda terbitkan, pada Papan Pemuka anda dan dalam profil anda. Oleh itu pastikan ia kreatif!
Apakah itu URL?
URL ialah alamat fail di Web, seperti
Anda juga boleh mengehoskan blog anda di domain khas.
www.example.com, atau foo.example.com. Semasa proses penghasilan blog, anda harus memilih URL untuk blog anda. Pelawat boleh mengakses blog anda dengan menaipkan URL ini dalam bar alamat penyemak imbas mereka. Memandangkan sudah terdapat sejumlah besar blog Blogspot, anda terpaksa menjadi lebih kreatif dan mungkin mencuba beberapa URL yang berbeza sebelum menemui URL yang boleh digunakan. Format untuk URL anda ialah nameyouchoose.blogspot.com. Semasa memilih URL blog anda, ingat bahawa anda hanya boleh menggunakan huruf, nombor dan tanda sempang sahaja. Aksara khas seperti $, #, &, dsb. tidak dibenarkan.Anda juga boleh mengehoskan blog anda di domain khas.
Akaun Anda
Saya tidak boleh melog masuk. Apa yang harus saya lakukan?
Anda boleh memulihkan maklumat log masuk Akaun Google anda dengan mengklik "Tidak boleh mengakses akaun anda?" di halaman log masuk Blogger atau anda boleh menggunakan halaman Bantuan Kata Laluan Akaun Google. Ingat bahawa nama pengguna akaun Google anda adalah alamat e-mel penuh yang anda gunakan untuk membuat akaun anda (mis. yourname@example.com). Jika anda boleh melog masuk ke akaun anda tetapi tidak melihat blog yang berkenaan pada Papan Pemuka anda, besar berkemungkinan anda telah melog masuk ke akaun yang salah. Dalam hal ini, cuba log masuk dengan semua alamat e-mel anda menggunakan borang Bantuan Kata Laluan jika perlu. Sila cuba cara ini walaupun anda merasakan bahawa anda hanya mempunyai satu akaun sahaja. Terdapat banyak kejadian apabila orang membuat akaun tambahan secara tidak sengaja dan tanpa menyedarinya. Oleh itu, perbuatan anda menyemak sendiri hal ini biasanya ialah cara yang terpantas untuk mendapatkan kembali blog anda.
Bagaimana hendak memadamkan blog?
Untuk memadamkan keseluruhan blog anda, pergi ke tab Tetapan | Asas. Benar-benar pastikan bahawa anda berada pada blog yang betul dan bahawa anda mahu mengalih keluar blog itu dari akaun anda secara kekal. Kemudian klik "Padam Blog Ini". Semuanya akan dipadamkan kecuali foto yang anda telah muat naik ke blog anda. Foto akan terus kekal dalam album Picasa, yang boleh anda akses dengan melayari picasaweb.google.com.
Bagaimana hendak membatalkan akaun saya?
Untuk memadamkan Akaun Google anda, yang turut memadamkan blog anda, sila log masuk ke halaman utama Akaun Google. Kemudian klik "Edit" bersebelahan dengan senarai "Produk Saya" dan anda akan tiba ke halaman yang membenarkan anda memadamkan akaun anda. Ingat bahawa dengan memadamkan akaun, semua perkhidmatan Google yang berkaitan dengan akaun itu seperti profil orkut anda, halaman iGoogle anda dan blog Blogger anda akan dipadamkan.
Ciri-ciri Blogger
Bagaimana hendak menggunakan ciri Reka Bentuk Blogger?
Cari nama blog anda pada papan pemuka anda dan klik pautan "Reka Bentuk" bersebelahan dengannya. Di sini anda boleh menyusun elemen dalam templat anda mengikut cara paparan yang anda mahu dengan menyeret dan melepaskannya ke lokasi lain. Dalam kebanyakan templat, anda boleh mengalihkan semua elemen kecuali navbar, catatan blog dan pengepala anda. Jika anda mahu menambahkan alat pada halaman blog atau bar sisi anda, klik pada "Tambah Alat". Tindakan ini membuka tetingkap pop timbul yang anda boleh gunakan untuk menyemak imbas segala alat, kemudian menambahkan dan menyimpannya pada blog anda.
Bolehkah saya memiliki blog yang dapat dicatat oleh lebih daripada seorang?
Ya, blog ini dipanggil "blog pasukan". Secara asasnya, blog dibuat oleh satu orang pada permulaannya, kemudian orang itu menjemput orang lain untuk menyertainya. Ahli pasukan boleh menjadi pentadbir ataupun pencatat tetap. Pentadbir boleh mengedit semua catatan (bukan setakat catatan mereka sahaja), menambah dan mengalih keluar ahli pasukan (dan memberikan akses pentadbiran) serta mengubah suai tetapan blog. Bukan pentadbir hanya boleh mencatat pada blog.
Untuk menjemput orang menyertai blog, mula-mula pergi ke tab Tetapan | Kebenaran dan klik "Tambah Pengarang". Seterusnya, taipkan alamat e-mel orang yang anda jemput; mereka akan menerima e-mel jemputan tidak lama selepas itu. Anda memerlukan Akaun Google untuk menulis blog pada Blogspot, oleh itu jika pengarang yang anda ingin jemput belum lagi mempunyai Akaun Google, mereka akan digesa untuk membuat akaun. Apabila anda telah bersedia untuk menghantar jemputan, klik "Jemput". Anda akan menerima e-mel apabila ahli pasukan baru telah berjaya menyertai blog itu.
Untuk menjemput orang menyertai blog, mula-mula pergi ke tab Tetapan | Kebenaran dan klik "Tambah Pengarang". Seterusnya, taipkan alamat e-mel orang yang anda jemput; mereka akan menerima e-mel jemputan tidak lama selepas itu. Anda memerlukan Akaun Google untuk menulis blog pada Blogspot, oleh itu jika pengarang yang anda ingin jemput belum lagi mempunyai Akaun Google, mereka akan digesa untuk membuat akaun. Apabila anda telah bersedia untuk menghantar jemputan, klik "Jemput". Anda akan menerima e-mel apabila ahli pasukan baru telah berjaya menyertai blog itu.
Bagaimana hendak melabelkan catatan saya?
Semasa anda menulis catatan, anda akan mempunyai ruang di bawah borang bertanda "Label untuk catatan ini". Masukkan apa-apa label yang anda mahukan dan asingkannya dengan koma. Anda juga boleh mengklik pautan "tunjukkan semua" untuk memaparkan senarai label yang telah anda gunakan sebelum ini. Kemudian hanya klik pada label untuk menambahkannya. Apabila anda menerbitkan catatan anda, label itu akan muncul di bahagian bawah. Mengklik mana-mana label akan membawa anda ke halaman yang mengandungi catatan dengan label itu sahaja. Anda juga boleh menambahkan senarai semua label anda dalam bar sisi blog anda, diisih mengikut abjad atau mengikut kekerapan penggunaan.
Bagaimana hendak meletakkan AdSense dalam blog saya?
Untuk meletakkan AdSense pada blog anda, klik Wangkan pada Papan Pemuka anda. Anda akan boleh memilih saiz iklan anda dan kemudian memperibadikan penampilannya pada blog anda.
Apakah suapan tapak dan bagaimana hendak mendayakannya untuk blog saya?
Mendayakan tetapan suapan tapak untuk blog akan membolehkan pengarang menyindiketkan kandungan mereka ke seluruh dunia. Dengan suapan tapak didayakan, pembaca kemudiannya boleh melanggan ke kemas kini terkini untuk blog itu dengan menambahkan suapan itu pada pembaca suapan kegemaran mereka. Sebagai pengarang blog, anda boleh menentukan sama ada petikan ini akan menjadi beberapa baris pertama catatan anda, catatan lengkap atau hanya sehingga pemutus sambungan, sekiranya ada. Tetapan lalai pada blog anda adalah suapan tapak didayakan dan semua pelanggan akan menerima kemas kini penuh. Jika anda tidak mendayakannya, pergi ke tab Tetapan | Suapan Tapak. Di sini anda ada satu pilihan mudah; anda boleh memilih berapa banyak kandungan anda yang hendak disindiketkan. Pilihan "Tiada" akan mematikan sepenuhnya suapan tapak anda.
Bagaimanakah Mudah Alih Blogger berfungsi?
Untuk memulakan blog mudah alih, hanya hantarkan mesej (boleh dalam bentuk foto, sedikit teks atau kedua-duanya) ke go@blogger.com dan kami akan memulakan blog untuk anda. Anda kemudiannya akan menerima balasan dengan URL blog mudah alih anda dan token (kod laluan sekali guna) yang anda boleh gunakan untuk menuntut blog baru anda. Untuk menuntut blog anda, masukkan sahaja token itu ke dalam http://go.blogger.com. Menuntut blog mudah alih anda akan memberikan anda akses penuh kepada tetapan dan ciri Blogger.com, membolehkan anda mengaitkan blog anda dengan Akaun Google dan membolehkan anda menggabungkan blog mudah alih anda dengan blog sedia ada.
Mengapa saya mempunyai pengesahan perkataan pada borang catatan saya?
Pengesahan perkataan pada borang catatan bertujuan untuk menjadi mekanisme pengurangan spam untuk Blogspot secara amnya. Terdapat dua kemungkinan:
Spam Berpotensi
Dalam hal ini, sistem automatik mengenakan pengesahan perkataan kepada beberapa blog spam yang berpotensi. Kami sentiasa berusaha untuk mempertingkat sistem ini untuk mengelakkan daripada melabelkan blog sebenar secara salah. Mengadakan pengesahan perkataan pada borang catatan anda tidak menghalang anda daripada menerbitkan dan tidak bermakna blog anda akan dipadamkan atau juga dikenakan hukuman sekiranya ia tidak benar-benar melanggar dasar kami. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan lanjut semasa penerbitan, klik ikon "?" bersebelahan dengan pengesahan perkataan pada borang catatan anda. Ia akan membawa anda ke halaman yang membolehkan anda meminta semakan untuk blog anda. Kami akan meminta seseorang melihatnya, mengesahkan bahawa ia bukan spam dan kemudian mengeluarkan keperluan pengesahan perkataan dari blog anda.Kadar Catatan Tinggi
Jika anda membuat sejumlah besar catatan dalam sehari, anda akan diminta untuk melengkapkan pengesahan perkataan bagi setiap satu catatan, tanpa mengira sama ada blog anda sudah disahkan bersih daripada spam ataupun sebaliknya. Jika ini berlaku, lengkapkan sahaja pengesahan perkataan untuk setiap catatan itu atau tunggu selama 24 jam kerana pada ketika ini pengesahan perkataan akan dialih keluar secara automatik. Sekatan ini dibuat untuk mengawal beban pada pelayan kami dan untuk menghalang spam eksplisit.Bolehkah saya menggunakan pintasan papan kekunci semasa mencatat?
Ya, Blogger mempunyai beberapa pintasan papan kekunci untuk digunakan semasa mengedit catatan. Ia jelas berfungsi dalam Google Chrome, Internet Explorer 8+ serta Mozilla Firefox 3+ dan mungkin berfungsi dalam penyemak imbas lain. Berikut ialah pintasannya:
- control + b = Huruf Tebal
- control + i = Huruf condong
- control + l = Blockquote (semasa dalam mod HTML sahaja)
- control + z = Buat asal
- control + y = Buat semula
- control + shift + a = Pautan
- control + shift + p = Pratonton
- control + d = Simpan sebagai Draf
- control + s = Terbitkan Catatan
- control + g = Alih huruf Hindi
Bagaimana hendak menggunakan ciri pengalihan huruf?
Blogger menawarkan pilihan pengalihan huruf automatik untuk menukarkan aksara Roman kepada aksara bukan Roman yang digunakan dalam bahasa Hindi, Greek, Rusia dan sebilangan kecil bahasa lain. Untuk mendayakan ciri ini, pergi ke halaman Tetapan | Asas dan pilih "Ya" untuk pilihan pengalihan huruf. Tetapan ini akan memberi kesan kepada semua blog dalam akaun anda.
Bagaimana hendak menggunakan editor catatan Blogger?
Terdapat tiga mod dalam editor catatan Blogger:
- Karang: mod WYSIWYG ("Apa yang anda lihat itu yang anda dapat") yang memerlukan anda memanipulasi teks dengan butang pemformatan.
- Edit HTML: mod kasar yang membolehkan anda mengedit HTML secara manual.
- Pratonton: memberikan anda pratonton penuh catatan itu, termasuk tajuk, pautan dan imejnya.
Untuk bertukar antara mod ini, klik sahaja pautan yang berkenaan. Butang pemformatan hanya tersedia dalam penyemak imbas tertentu sahaja.
Ciri, dari kiri ke kanan:
- Fon
- Saiz fon
- Huruf tebal
- Huruf condong
- Warna fon
- Pautan
- Imbang kiri
- Tengah
- Imbang kanan
- Imbang penuh
- Senarai (bernombor) tertib
- Senarai (titik tumpu khas) tak tertib
- Blockquote
- Semak ejaan
- Muat naik imej
- Buang pemformatan daripada pilihan
Bagaimana hendak menggunakan domain khas pada blog saya?
Jika anda tidak berminat untuk mempunyai
blogspot.com dalam alamat blog anda, anda boleh mendapatkan domain anda sendiri. Kami akan terus mengehoskan semua kandungan anda seperti sebelum ini tetapi ia akan dipaparkan pada alamat baru anda. Terdapat tiga komponen untuk menyediakannya:Domain Anda
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memilih nama domain sepertiwww.mysite.com dan mendaftarkannya. Anda boleh mendaftarkan nama domain pada mana-mana satu antara sebilangan pendaftar berbeza. Tetapan DNS
Seterusnya, anda perlu membuat rekod CNAME untuk domain anda dengan DNS, mengaitkan domain anda denganghs.google.com. Prosedur sebenar untuk melakukannya berbeza-beza bergantung pada pendaftar domain anda, oleh itu hubungi terus pendaftar anda dan mereka boleh membantu anda. Sila bersabar kerana rekod DNS baru mungkin tidak akan berkesan serta-merta.Tetapan Blogger
Pada peringkat ini, pelayan DNS tahu ia perlu menghalakan orang ke Google apabila mereka mahu melihat blog anda, jadi kami perlu memastikan Google mengaitkan blog yang betul dengan domain anda. Anda boleh melakukannya pada tab Tetapan | Penerbitan untuk blog anda dalam Blogger. Jika anda mahu menerbitkan pada Blogspot, anda akan melihat pautan berdekatan bahagian atas yang menawarkan untuk menukarkan anda ke domain khas. Teruskan mengklik pautan itu. Tetapan Alamat Blogspot kini bertukar kepada Domain Anda. Isikan domain yang anda daftarkan pada permulaan proses ini, kemudian simpan tetapan anda.Nota:
- Jika domain baru anda tidak membawa anda ke blog anda, tunggu satu atau dua hari lagi untuk memastikan semua pelayan DNS telah dikemas kini. Jika ia masih tidak berfungsi, hubungi pendaftar anda untuk memastikan anda memasukkan tetapan DNS yang betul.
- Alamat Blogspot anda yang asal akan dialihkan secara automatik ke domain baru anda. Dengan cara itu, sebarang pautan atau penanda halaman sedia ada ke tapak anda masih akan berfungsi.
- Anda boleh menggunakan ciri ini dengan domain (mis.
www.mysite.com) atau subdomain (mis.name.mysite.com). Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menentukan subdirektori (mis.mysite.com/blog/) atau kad bebas (mis.*.mysite.com).
Di mana hendak membeli nama domain khas untuk blog saya?
Kaedah paling mudah adalah dengan membeli sahaja daripada kami melalui tab Tetapan | Penerbitan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak syarikat untuk anda membeli nama domain, biasanya dengan yuran tahunan yang berpatutan. Carian Google untuk pendaftar domain akan memberikan banyak pilihan. Anda juga boleh meninjau harga menerusi senarai ini:
Bagaimana hendak menukarkan format tarikh yang dipaparkan dalam blog saya?
Anda boleh menukar format tarikh untuk kedua-dua catatan dan pautan arkib dengan mengedit tetapan blog anda. Pada halaman Tetapan | Pemformatan, terdapat medan untuk "Format Pengepala Tarikh" dan "Format Tarikh Indeks Arkib". Kedua-dua medan menyertakan menu lungsur turun yang menyenaraikan pilihan format untuk pemaparan tarikh. Pengepala Tarikh biasanya diletakkan di atas catatan anda dan Indeks Arkib biasanya adalah senarai pautan arkib dalam bar sisi anda. Klik "Simpan Tetapan" di bahagian bawah halaman apabila anda sudah selesai.
Apakah itu templat catatan?
Templat catatan membantu pengguna menjimatkan masa dengan mempraformat editor catatan. Sesetengah pengguna suka catatan mereka diformatkan dalam cara tertentu. Contohnya, seseorang mungkin mahu baris pertama dipautkan kepada artikel, kemudian meletakkan petikannya di bawah. Dalam hal ini, pautan dan teg blockquote semuanya boleh dimasukkan ke dalam templat catatan dan ia akan muncul, sedia untuk diisi, pada setiap catatan baru. Hanya salin dan tampalkan sahaja kod atau teks yang anda mahu tampilkan dalam setiap catatan dalam templat Catatan, yang boleh didapati di bawahTetapan | Pemformatan.
Apakah pautan balik dan bagaimana saya hendak menggunakannya?
Pautan balik membolehkan anda menjejaki halaman lain di web yang berpaut pada catatan anda. Contohnya, jika rakan anda memaut kepada salah satu catatan anda, catatan itu akan menunjukkan secara automatik bahawa orang lain telah memaut kepadanya dan ia akan menyediakan cebisan pendek teks rakan anda dan pautan kepada catatan rakan anda. Tetapan pautan balik boleh ditemui di bawah tab Tetapan | Ulasan dan mengandungi satu pilihan mudah untuk menghidupkan atau mematikannya. Jika ia didayakan, anda akan melihat pautan bertanda "Pautan kepada catatan ini" bersebelahan dengan pautan ulasan untuk setiap catatan.
Apakah itu pilihan pengesahan perkataan?
Pilihan pengesahan perkataan boleh ditemui pada tab Tetapan | Ulasan untuk blog anda. Jika anda memilih "ya" untuk tetapan ini, orang yang meninggalkan ulasan pada blog anda akan dikehendaki untuk melengkapkan langkah pengesahan perkataan, sama seperti yang perlu dilakukan semasa anda membuat blog. Mendayakan pilihan ini menghalang sistem automatik daripada menambahkan ulasan pada blog anda kerana ia memerlukan manusia untuk membaca perkataan dan lulus langkah ini. Jika anda pernah menerima ulasan yang kelihatan seperti iklan atau pautan rambang kepada tapak yang tidak berkaitan, ini bermakna anda berhadapan dengan spam ulasan. Kebanyakan daripadanya dilakukan secara automatik oleh perisian yang tidak boleh lulus pengesahan perkataan, oleh itu mendayakan pilihan ini merupakan cara yang baik untuk menghalang banyak ulasan yang tidak diingini.
Bolehkah saya mengedit HTML reka letak blog saya?
Sudah tentu, hanya pergi ke tab Reka Bentuk | Edit HTML. Anda akan melihat pilihan untuk memuat turun salinan templat anda kepada fail teks pada cakera keras anda. Kami amat mengesyorkan anda melakukannya supaya anda boleh berbalik kepada keadaan sebelumnya dengan mudah hanya dengan memuat naik fail yang sama sekali lagi. Seterusnya adalah pengendalian kod sebenar untuk templat anda. Anda akan perhatikan bahawa ia kelihatan seperti HTML dan CSS biasa tetapi turut mengandungi banyak teg peribadi yang menjadikannya serasi dengan editor reka letak seret dan lepas, serta pemilih fon dan warna kami.
Apakah yang dilakukan tetapan "penyenaraian"?
Tetapan "Tambah blog anda pada penyenaraian kami?" menentukan sama ada blog anda akan dipromosikan merentasi pelbagai saluran dalam Blogger ataupun tidak. Anda boleh menemui tetapan ini di halaman Tetapan | Asas. Jika templat blog anda menggunakan teg BlogMetaData, mematikannya juga bermakna blog anda tidak akan dirangkak oleh enjin carian.
Penyederhanaan Blog
Mengapa blog saya dilumpuhkan?
Pelumpuhan adalah hasil daripada sistem pengelasan automatik kami yang menandakan sesuatu blog sebagai spam. Jika blog anda bukan blog spam, maka ia telah dikelaskan secara salah oleh sistem automatik kami dan kami memohon maaf. Jika blog anda dilumpuhkan, blog tersebut tetap akan disenaraikan pada Papan Pemuka anda tetapi anda tidak akan boleh mengklik pada blog itu untuk mengaksesnya. Jika hal ini berlaku, anda akan diberikan tempoh tangguh yang memberi anda peluang untuk meminta blog anda disemak semula dan dipulihkan.
Apakah itu butang "Bendera"?
Ciri ini dipanggil "Benderakan Sebagai Tidak Menyenangkan" dan ia boleh diakses melalui navbar Blogger. Butang "Benderakan?" membenarkan komuniti blog memerhatikan kandungan yang diragui dengan mudah, dalam masa yang sama membantu kami mengambil tindakan apabila diperlukan. Apabila pembaca mengklik "Benderakan?" dalam navbar Blogger, itu bermakna mereka percaya bahawa kandungan blog tersebut berkemungkinan jelik atau salah di sisi undang-undang. Kami menjejak berapa banyak kali sesuatu blog itu ditandakan sebagai tidak menyenangkan dan menggunakan maklumat ini untuk menentukan tindakan apa yang perlu diambil. Pengguna boleh mengklik butang ini untuk kali kedua bagi menarik balik bendera mereka.
Bagaimana hendak menyederhanakan ulasan pada blog saya?
Anda boleh menemui tetapan penyederhanaan ulasan pada tab Tetapan | Ulasan. Ia hanyalah pilihan mudah ya/tidak. Membuat pilihan "ya" memberikan anda ruang untuk memasukkan alamat e-mel anda dan kemudian anda boleh menyederhanakan ulasan melalui e-mel. Ingatlah bahawa tanpa mengira tetapan anda, anda sentiasa boleh menyederhanakan ulasan melalui antara muka Blogger. Semua ulasan yang masuk kini akan pergi ke halaman "Menunggu Penyederhanaan" khas, yang boleh anda temui di bawah tab Ulasan. Pada halaman ini, anda akan melihat senarai semua ulasan yang telah dibuat tetapi masih belum diluluskan atau ditolak. Senarai ini tidak memasukkan sebarang ulasan yang dibuat oleh ahli pentadbiran blog. Setiap baris dalam senarai itu memaparkan permulaan ulasan, nama pengarang dan masa ia dibuat. Anda boleh mengklik kotak bersebelahan dengan ulasan itu dan menentukan sama ada anda mahu menerbitkan ulasan itu, memadamkannya atau menandakannya sebagai spam.
Keseluruhan proses ini juga boleh dilakukan melalui e-mel. Jika anda memasukkan alamat e-mel untuk penyederhanaan, anda akan menerima mesej bagi setiap ulasan yang mengandungi pautan "Terbitkan" dan "Tolak" serta pautan ke halaman utama penyederhanaan blog tersebut.
Di manakah hendak melaporkan isu undang-undang?
Cara di atas di gunakan oleh saya bagi mewujudkan blog ini.
BalasPadamHarap semua PTKew yang arif dapat membantu untuk memperbaiki BLOG ini.
Terimakasih